Wednesday, January 16, 2013

Gadis Seperti Itu ^_^…

(Kaum Hawa)

Testing, testing 1,2,3…hai para Ikhwan semua!
Pernah anda mengalami situasi sebegini apabila terpandang kepada seseorang ukhti yang betudung labuh, berjubah, sopan, ayu dan lemah gemalai….->

“Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
…..
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Kadangkala hatiku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
(amboi jauhnya antum berangan ya! …)

     Sememangnya fitrah manusia suka pada perkara yang cantik,comel, baik, ayu, dan bla bla bla… Namun, sekiranya sekadar indah di mata adalah tiada nilainya tanpa disusuli dengan indah akhlaknya.

Justeru itu, penulisan kali ini suka sekali untuk ana melontarkan sedikit pandangan berkaitan dengan ‘wanita perhiasan dunia’ yang sesuai untuk dijadikan calon zaujah antum.

Jika mahu mengenal buah itu masak ada tandanya
Jika mahu mengetahui makanan itu lazat ada caranya

Begitulah juga dengan akhawat. Pasti ada buktinya untuk menunjukkan seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya. Melalui pembacaan ana yang pelbagai, ana telah menyimpulkan beberapa gugusan idea yang membolehkan antum semua mengenali seseorang ukhti itu baik maruah dan akhlaknya.

       Pertama, akhawat tersebut terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Maka, persekitaran akhawat tersebut dibesarkan dalam lingkaran agama dan tatacara Islam seterusnya melahirkan kuntuman-kuntuman akhlak yang mahmudah seperti kuat agama, memiliki sifat-sifat kemanusiaan dan berbudi pekerti tinggi. Bak kata pepatah “bagaimana acuan, begitulah kuihnya”. Sekiranya, akhwat tersebut dibesarkan dalam waqi’ islamiah maka hasilnya pasti islamik juga! In Shaa Allah.

Mencerminkan dengan jelas hakikat yang sebenarnya, letaknya realiti seorang wanita adalah wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulen maka itulah keistimewaan dan kecantikan seorang wanita yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar.

Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas :

“Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya.”

Hikmahnya memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat- sifatnya oleh Rasulullah saw:

“Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya.”

            Keduanya, Berakhlak dengan Allah. Iaitu menjaga hak Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Tekun dan bersungguh-sungguh dalam ibadahnya. Sabar dalam menempuh ujian daripada Allah, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.

Tumpuan hatinya adalah mencari keredhaan Allah dalam hidupnya. Setiap tingkah lakunya menggambarkan tatacara Islam dan keindahannya terdampar pada keayuan langkahnya dalam menjaga maruah dirinya. Di mana hatinya tidak mudah terbuai dengan bisikan ‘kumbang’ perosak dan tidak mudah terjentik hatinya dengan kata-kata rayuan ‘buaya’.

Kerana, bagi akhawat tersebut hati adalah nilaian ALLAH yang paling utama dalam setiap amalan yang telah dilakukan. Oleh itu, dia mencuba sehabis daya untuk membalut hatinya daripada terdedah dengan anasir-anasir yang cuba mengeruhkan kesucian hatinya.

Ibnu Qayyim berkata : “sesiapa yang ingin jernih hatinya hendaklah dia mengutamakan ALLAH swt daripada hawa nafsunya ,kerana hati yang dilumuri dengan hawa nafsu terlindung daripada ALLAH sekadar bergantungnya kepada hawa nafsunya”

Akhawat itu menyedari bahawa hati itu mampu berkarat seandainya disulami dengan perbuatan-perbuatan lagha da maksiat.

Akhawat itu memahami hadis baginda yang berkaitan hati. Iaitu

Dari Abdullah Ibnu Umar r.a meriwayatkan, “Sesungguhnya hati ini dapat berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila tekena air.” Beliau ditanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya ?” Rasullah s.a.w bersabda, “Memperbanyak mengingat maut dan membaca Al-qur´an.”
[Riwayat Baihaqi]

Ketiganya, Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu selagi mana tidak bercanggah dengan tuntutan syariat.

Akhawat tersebut bergaul dengan temannya dengan baik dan terjaga perbuatannya. Sebagaimana pesan baginda “HambaNya yang lebih disukai ALLAH ialah yang tinggi akhlaknya .”

Cinta dan Sayang akhawat terhadap rakan, jiran dan tetangganya adalah tidak lain dan tidak bukan kerana Allah. Hal ini bersesuaian dengan kata baginda “Perbuatan yang lebih disukai ALLAH ialah kasih atau senang kerana ALLAH dan benci atau tidak suka kepada sesuatu kerana ALLAH .”
Terhias tutur kata akhawat tersebut dengan kalam-kalam yang indah, sedap didengar, lembut terasa terbuai menyapa tatkala mendengar santapan bual bicaranya. Kerana akhawat tersebut memahami pesan kekasihNya “Perbuatan yang lebih disukai ALLAH ialah menjaga lidah (jangan lancang berbicara) .”

Entiti mithali yang dinyatakan oleh ana di atas mudah-mudah mampu dijadikan sebagai garis panduan kepada ikhwan yang masih lagi tercari-cari ‘wanita perhiasan dunia’ yang hendak dijadikan sebagai pendamping hidup.
Ingatlah firmanNya dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud

“..yang demikian itu agar mereka mudah untuk dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu…” (33:59

Kata Ibnu Abbas lagi, syaitan berada di tiga tempat di dalam diri seseorang lelaki, pada pandangan, hati dan ingatan. Manakala bagi wanita pula, ada pada lirikan matanya, hati dan kelemahannya.

Justeru itu, jagalah pandanganmu wahai para mujahid agar melihat akhawat itu aulanya keindahan akhlaknya sebelum melihat keelokan paras rupanya.

Ingatlah bahawa Islam itu tidak hanya hadir dengan solusi tapi berusaha mencegah dari punca yang datang dari akar umbi

Pesanku sebagai seorang hamba,

lelaki itu HANDSOME bila…
taat perintah Allah dan patuh pada Ibu bapanya..
lelaki itu SWEET bila…
suka kat perempuan tu terus jumpa wali perempuan tu dan cakap ‘saya suka anak pakcik..saya nak nikah dengan dia..’ dan sentiasa hormat perempuan..
lelaki itu COMEL bila..
berwawasan dan bertanggungjawab..
lelaki itu SMART bila..
berakhlak mulia dan berusaha menjadi yang soleh…

sebagai penutup kalam,
hayatilah bait-bait syair yang dilafazkan oleh seorang suami kepada isterinya

Demi Allah, tidaklah aku melupakanmu
Walau mentari tak terbit meninggi
Dan tidaklah terurai air mata merpati itu
Kecuali berbagi hati
Tak pernah kudapati orang sepertiku
Menceraikan orang seperti dia
Dan tidaklah orang seperti dia dithalaq kerana dosanya
Dia berakhlaq mulia, beragama, dan bernabikan Muhammad
Berbudi pekerti tinggi, bersifat pemalu dan halus tutur katanya

(syair cinta Abdurrahman ibn Abu Bakar kpd isterinya, Atika..)

Sekian dariku untukmu mujahid ansarullah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...