Friday, February 25, 2011

ASBABUN NUZUL AL-QURAN AL-KARIM


Al-Quran merupakan kalam Allah yang mu’jizat, diturunkan kepada Nabi Muhamad SAW penutup para Nabi dan Rasul, dengan perantaraan Malaikat Jibril Alaihis salam, ditulis dalam mushhaf-mushhaf yang disampaikan kepada kita secara mutawatir, serta memepelajarinya merupakan suatu ibadat dimulai dengan surah Al-fatihah dengan ditutup surah An-Nas.

Definisi tersebut telah disepakati oleh para Ulama’. Allah menurunkan Al-Quran adalah untuk menjadi undang-undang bagi ummat manusia dan petunjuk serta tanda kebesaran Rasul dan penjelasan atas kenabian dan kerasulannya, juga sebagai ulasan (hujjah) yang kuat di hari kemudian yang mana akan dinyatakan bahawa Al-Quran itu benar-benar diturunkan dari Dzat Yang Maha Bijaksana lagi Terpuji. Jelaslah bahawa  Al-Quran merupakan mu’jizat yang abadi yang menundukkan semua generasi dan bangsa sepanjang masa.

Sebab-sebab turunnya Al-Quran dapat ditinjau dari istilah ibtida’iyah dan sababiyah.

 Pertama ibtida’iyah (إبتدائي), turunnya ayat tersebut tidaklah didahului oleh suatu  sebab yang menuntutnya, dan majoriti yang ada pada Al-Quran adalah ayat-ayat ibtida’iyah, diantaranya firman Allah Taala:

وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ                       

“ Dan diantara mereka ada orang yang telah berjanji kepada Allah, sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian dari kurniaNya kepada kami, nescaya kami akan bersedekah dan nescaya kami termasuk orang-orang yang sholih”.(QS.
At Taubah : 75).

Maka sesungguhnya ayat tersebut turun tanpa adanya suatu sebab, didalamnya menjelaskan tentang keadaan sebahagian orang-orang munafik.
           
            Kedua sababiyah (سببي ), turunnya ayat tersebut didahului oleh sebab-sebab yang menuntut diantaranya:
            Firman Allah Taala yang berbunyi:
يَسْأَلونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ                                      

" mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang bulan sabit, katakanlah, “ Itu adalah (petunjuk) waktu bagi manusia dan (ibadat) haji,”.(QS. Al Baqarah : 189).

Selain itu, salah satu diantara aspek yang berperanan dalam memahami makna-makna ayat Al-Quran adalah dengan mengetahui sebab-sebab turunnya, ini kerana mengetahui asbabun nuzul menjadi pokok perhatian para ulama’. Dapat di katakan, untuk mengetahui secara terperinci tentang corak ilmu-ilmu Al-Quran serta pemahamannya dengan mengetahu asbabun nuzul Al-Quran. Firman Allah Taala yang bermaksud:
“ Dan milik Allah timur dan barat. Ke mana pun kamu menghadap di sanalah wajah Allah. Sesungguhnya Mengetahui”.

            Ayat ini sering diertikan , boleh menghadap ke mana sahaja semasa solat selain arah kiblat. Pengertian ini jelas salah, sebab diantara syarat-syarat sah solat ialah menghadap ke arah kiblat. Oleh kerana dengan pengetahuan sebab-sebab turunnya, akan menjelaskan pengertian ayat ini, di mana ayat ini diturunkan bagi siapa sahaja yang sedang bermusafir/dalam perjalanan dan tidak mengetahui arah kiblat. Tetapi terlebih dahulu kita harus berijtihad dan menyelidiki, kemudian solat ke mana saja ia menghadap, maka sah lah solatnya, dan tidak wajib solat setelah diketahui salah arah kiblatnya. Ayat ini bukan untuk sembarangan digunakan tetapi khusus bagi yang tidak tahu arah kiblat saja.

Selain itu, firman Allah Taala yang bermaksud: 
“ Tidak berdosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan tentang apa yang mereka makan(dahulu), apabila mereka bertaqwa dan beriman, serta mengerjakan kebajikan, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, selanjutnya mereka (tetap juga) bertaqwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Al-Maidah 93).

            Ayat ini diturunkan dalam masalah khamr (arak), sebahagian manusia mengerti bahawasanya ayat ini membenarkan minum khamr sebagaimana mereka katakan. Tetapi sebenarnya tidak akan tetapi mereka mendalilkan ayat tersebut boleh minum khamr. Sekiranya mereka tahu dan mengerti sebab-sebab turunnya, nescaya mereka tidak akan berprasangka semacam itu. Sebagaimana firman Allah Taala yang lain yang bermaksud:

 “ Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkoraban untuk berhala), dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung. (Al-Maidah 90).

Diriwayatkan, bahawa setelah turunnya ayat ini ada salah seorang sahabat bertanya kepada Nabi S.A.W. Bagaiman dengan mereka yang gugur di jalan Allah, sedangkan mereka minum khamr, dan itu perbuatan yang keji. Maka turunlah ayat menerangkan bahawa mereka yang telah minumnya sebelum diharamkan, maka mereka telah diampuni Allah dan tidak berdosa dan tidak akan diseksa kerana perbuatan sebelum turunnya ayat belum diharamkan. Dengan asbabun nuzul, ayat-ayat tersebut dapat difahami dan menjelaskan bahawasanya minuman keras (arak) dilarang dan haram dalam islam.

Sekian Terima Kasih.

7 comments:

  1. menarik dan memberi pengetahuan baru kepada pembaca..teruskn usaha dalam berkarya =)

    ReplyDelete
  2. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
    "Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

    -Pengisian yang berguna-
    Moga terus berkongsi ilmu yang bermanfaat.
    Berpeganglah teguh pada al-quran dan as-sunnah.

    ReplyDelete
  3. perghh,, terbaiklah sahabatku,,, good jobb,,, urmm expression kan lagi huraian,, untuk memnjelaskan kepada seluruh umat.. penyebaran yang menarikk,, teruskan berjuang,, n harap dapat mencetuskan idea yang luar biasa,,nhuhu n dapat menyampaikan kepada orang yang inginkan tuhannya,, termasuklahh hamba ini.. hihi

    ReplyDelete
  4. masyALLAH ana nak komen byk2 pun tak tau....ana ni bukan nye byk sgt pun Ilmu biasa je.....tapi alhamdulillah semua ok je...sbb ana nak komen ttg benda yg ana tak berapa nak pandai atau pun alim dlm sesuatu benda tu tak bleh sbb kalu silap sendiri sakit.....so teruskan je usaha anda dan jgn berpaling dlm pengajaran Al-Quran dan Sunnah...semoga kita berjumpa sekian kalinya....

    ReplyDelete
  5. Best gak lahh bce artikel ni.klu ekot kan artikel ni dye cte tntg tafsiran ayt2 al-quran n ak tgk ade 4 jew tafsiran..i2 pon xpalah..bleh lah skit2 ilmu 2..yg plng ak syok nya..time mula2 bace yg bunyi gini..""Al-Quran merupakan kalam Allah yang mu’jizat, diturunkan kepada Nabi Muhamad SAW penutup para Nabi dan Rasul, dengan perantaraan Malaikat Jibril Alaihis salam""..pegghhh ak ase cm pnceramah plk..he3 sorry mrepek skit..tp best lahh bce artikel nie..~Assalamualaikum~

    ReplyDelete
  6. sgt menarik...
    jika ada hadis y berkaitan,mgkin akn lbh mantap lagi..xpe,teruskan usaha anda.. smga berjaya..

    ReplyDelete
  7. wow,artkel y menarik..

    ["Al-Wahidi berkata, ”Tidak mungkin kita dapat mengetahui tafsir sebuah ayat tanpa mengetahui kisah dan sebab turunnya.”
    Ibnu Daqiqil Id berkata, ”Penjelasan tentang sebab turunnya ayat merupakan cara ampuh untuk memahami makna-makna Al-Qur’an.”
    Ibnu Taimiyyah berkata, ”Pengetahuan tentang sebab turunnya ayat membantu memahami kandungan ayat tersebut. Karena dengan mengetahui sebab turunnya ayat, seseorang dapat mengetahui akibat yang merupakan buah dari sebab tersebut. Beberapa orang dari kalangan salaf tidak jarang mengalami kesulitan dalam memahami makna-makna ayat Al-Qur’an. Namun ketika mereka mengetahui sebab turunnya ayat tersebut, sirnalah kesulitan yang menghalangi pemahaman mereka."]

    all the best...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...