Friday, February 25, 2011

ASBABUN NUZUL AL-QURAN AL-KARIM


Al-Quran merupakan kalam Allah yang mu’jizat, diturunkan kepada Nabi Muhamad SAW penutup para Nabi dan Rasul, dengan perantaraan Malaikat Jibril Alaihis salam, ditulis dalam mushhaf-mushhaf yang disampaikan kepada kita secara mutawatir, serta memepelajarinya merupakan suatu ibadat dimulai dengan surah Al-fatihah dengan ditutup surah An-Nas.

Definisi tersebut telah disepakati oleh para Ulama’. Allah menurunkan Al-Quran adalah untuk menjadi undang-undang bagi ummat manusia dan petunjuk serta tanda kebesaran Rasul dan penjelasan atas kenabian dan kerasulannya, juga sebagai ulasan (hujjah) yang kuat di hari kemudian yang mana akan dinyatakan bahawa Al-Quran itu benar-benar diturunkan dari Dzat Yang Maha Bijaksana lagi Terpuji. Jelaslah bahawa  Al-Quran merupakan mu’jizat yang abadi yang menundukkan semua generasi dan bangsa sepanjang masa.

Sebab-sebab turunnya Al-Quran dapat ditinjau dari istilah ibtida’iyah dan sababiyah.

 Pertama ibtida’iyah (إبتدائي), turunnya ayat tersebut tidaklah didahului oleh suatu  sebab yang menuntutnya, dan majoriti yang ada pada Al-Quran adalah ayat-ayat ibtida’iyah, diantaranya firman Allah Taala:

وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ                       

“ Dan diantara mereka ada orang yang telah berjanji kepada Allah, sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian dari kurniaNya kepada kami, nescaya kami akan bersedekah dan nescaya kami termasuk orang-orang yang sholih”.(QS.
At Taubah : 75).

Maka sesungguhnya ayat tersebut turun tanpa adanya suatu sebab, didalamnya menjelaskan tentang keadaan sebahagian orang-orang munafik.
           
            Kedua sababiyah (سببي ), turunnya ayat tersebut didahului oleh sebab-sebab yang menuntut diantaranya:
            Firman Allah Taala yang berbunyi:
يَسْأَلونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ                                      

" mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang bulan sabit, katakanlah, “ Itu adalah (petunjuk) waktu bagi manusia dan (ibadat) haji,”.(QS. Al Baqarah : 189).

Selain itu, salah satu diantara aspek yang berperanan dalam memahami makna-makna ayat Al-Quran adalah dengan mengetahui sebab-sebab turunnya, ini kerana mengetahui asbabun nuzul menjadi pokok perhatian para ulama’. Dapat di katakan, untuk mengetahui secara terperinci tentang corak ilmu-ilmu Al-Quran serta pemahamannya dengan mengetahu asbabun nuzul Al-Quran. Firman Allah Taala yang bermaksud:
“ Dan milik Allah timur dan barat. Ke mana pun kamu menghadap di sanalah wajah Allah. Sesungguhnya Mengetahui”.

            Ayat ini sering diertikan , boleh menghadap ke mana sahaja semasa solat selain arah kiblat. Pengertian ini jelas salah, sebab diantara syarat-syarat sah solat ialah menghadap ke arah kiblat. Oleh kerana dengan pengetahuan sebab-sebab turunnya, akan menjelaskan pengertian ayat ini, di mana ayat ini diturunkan bagi siapa sahaja yang sedang bermusafir/dalam perjalanan dan tidak mengetahui arah kiblat. Tetapi terlebih dahulu kita harus berijtihad dan menyelidiki, kemudian solat ke mana saja ia menghadap, maka sah lah solatnya, dan tidak wajib solat setelah diketahui salah arah kiblatnya. Ayat ini bukan untuk sembarangan digunakan tetapi khusus bagi yang tidak tahu arah kiblat saja.

Selain itu, firman Allah Taala yang bermaksud: 
“ Tidak berdosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan tentang apa yang mereka makan(dahulu), apabila mereka bertaqwa dan beriman, serta mengerjakan kebajikan, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, selanjutnya mereka (tetap juga) bertaqwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Al-Maidah 93).

            Ayat ini diturunkan dalam masalah khamr (arak), sebahagian manusia mengerti bahawasanya ayat ini membenarkan minum khamr sebagaimana mereka katakan. Tetapi sebenarnya tidak akan tetapi mereka mendalilkan ayat tersebut boleh minum khamr. Sekiranya mereka tahu dan mengerti sebab-sebab turunnya, nescaya mereka tidak akan berprasangka semacam itu. Sebagaimana firman Allah Taala yang lain yang bermaksud:

 “ Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkoraban untuk berhala), dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung. (Al-Maidah 90).

Diriwayatkan, bahawa setelah turunnya ayat ini ada salah seorang sahabat bertanya kepada Nabi S.A.W. Bagaiman dengan mereka yang gugur di jalan Allah, sedangkan mereka minum khamr, dan itu perbuatan yang keji. Maka turunlah ayat menerangkan bahawa mereka yang telah minumnya sebelum diharamkan, maka mereka telah diampuni Allah dan tidak berdosa dan tidak akan diseksa kerana perbuatan sebelum turunnya ayat belum diharamkan. Dengan asbabun nuzul, ayat-ayat tersebut dapat difahami dan menjelaskan bahawasanya minuman keras (arak) dilarang dan haram dalam islam.

Sekian Terima Kasih.

Thursday, February 24, 2011

~Warkah Ke Syurga~


Assalamualaikum..
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Sering ku titipkan doa agar kita semua sentiasa berada di bawah payungan ramat dan hidayah-NYA..

Dalam kekalutan dunia ketika ini..
Daku amat berharap agar ALLAH sudi mengampunkan dosa kita semua..
Dalam keadaan manusia tidak takut lagi kepada TUHAN-nya..
Dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan yang batil..
Dan dala keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan yang mana pahala dan yang 
mana dosa..

Moga-moga doa yang selalu kita pohon dimakbulkan oleh-NYA..
Walaupun dalam kehidupan seharian kita kadang kala kita lupa kepada-NYA..
Dan kadang kala kita ingat kepada-NYA..
Tapi yang pasti terlalu banyak masa kita dihabiskan bukan untuk-NYA..

Buat permata Islam..
Yang sudah tentu dikasihi ALLAH dan dirindui Nabi..
Ssungguhnya Islam ini bukan sekadar agama..
Tetapi ia adalah cara hidup kita..
Samaada cara kita bepakaian,bertutur,belajar,bekerja atau dengan perkaaan yang 
lebih mudah..

Bermula daripada kita bangun tidur sehingga kita tidur kembali..
Semuanya ALLAH telah gariskan untuk kita..
Hatta sebelum kita lahir sehinggalah kita ditempatkan di dalam liang lahad..
Islam juga telah mengajar caranya..
Sering kita mendengar sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Islam Itu Tinggi,Tiada Yang Tinggi Selainnya.."

Tapi sayang sama sekali..
Kita yang merendah-rendahkannya..
Kita menjauhkan diri daripadanya..
Bahkan kita malu apabila Islam itu menjadi identiti kita..

Kita lalai dengan kehidupan kita..
Sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita..
Sedang kita lupa ALLAH sedang memerhatikan kita..
Kita tahu adanya ALLAH tapi kita tetap melanggari perintah-NYA..
Sombongnya kita kerana kita lupa kepada Pemberi segala nikmat sehingga kita menjadiorang yang kufur kepada-NYA..
Kita tahu benarnya Al-Quran tetapi kita tidak ambil pengajaran daripadanya..

Kita tahu adanya dosa dan pahala..
Bahkan kita tahu adanya syurga dan neraka..
Tapi kita masih tidak mempedulikan perintah ALLAH Yang Maha Kuasa..

Buat mutiara Islam..
Yang insya-ALLAH akan terus bergemerlapan di bumi ALLAH..
Prof Dr Hamka pernah berkata :
"Kita boleh menghitung usia yang telah kita gunakan..tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal.."
Persoalannya..bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkandung 
di dalam jasad 

kita sudah habis digunakan..
Walau sebesar Bukit Uhud pun dosa yang kita lakukan..
Sesungguhnya ALLAH SWT masih mengampunkan dosa kita..

Oleh itu kembalilah kepada-NYA..
Andai kata hidup ini sudah jauh dari landasan yang ditentukan oleh-NYA..
Sesungguhnya kasih sayang ALLAH membatasi seluruh kasih sayang makhluk-NYA..

Semoga kita semua dalam rahmat ALLAH sentiasa..
Bertemu lagi di lain masa...
Andai tak di dunia..
Insya-ALLAH di Taman Syurga nanti..

Wassalam..

Tuesday, February 22, 2011

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Rasa lemah itu kadangkala menyapa diri.

Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur.

Terkadang, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.

Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, alhamdulillah.

Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan merenggut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada.

Lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali?

Bagaimana kita menyingkapinya?

Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.

Benar. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun pernah berada dalam kondisi itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.

Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr.

Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.

Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini. Dalam konteks diri kita sendiri, bagaimana seharusnya kita berdepan dengan ujian itu. Bagaimanakah caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?

Ok. Perkara ini kita perlu faham dengan jelas, supaya tatkala kita diuji nanti mudah-mudahan perkongsian ini turut mampu membangkitkan kita kembali.

Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.

Bersangka baiklah.

Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti punya hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar. Inallaha ma'as sobirin. Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar.

Sabar.

Dan kelak, kesabaranmu itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kau dapat merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil dirimu tersenyum.

Kesilapan kita.

Ada masa kita silap.

Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah kebal dari sebarang titik-titik kelemahan.

Terkadang, kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang kepada kita itu, mampu untuk kita selesaikan seorang diri.

Tidak. Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari.

Namun, kita sering lupa bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?

"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." - [Surah An-Nisa', 4: 32]

Ya. Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah.

Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?

Namun, silapnya pada kita.

Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya.

Kita merasakan diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa.

Sedangkan hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya jika Dia tidak mengizinkannya.

Wujudnya saat muhasabah.

Manusia jarang sekali mahu bermuhasabah diri. Tatkala disentap dengan ujian yang berat barulah wujud saat mereka kembali berfikir apakah salah silap mereka selama ini. Itupun jikalau mereka sedar.

Maka, salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah.

Masa untuk kita merenung kembali sejauh mana kehidupan ini telah dibawa.

Adakah kita masih berada pada landasan yang benar?

Hikmah dari muhasabah ini akan membawa kita melihat dan memikirkan pula hikmah-hikmah yang lain dari ujian tadi.

Baik.

Apakah hikmah yang ingin Dia tunjukkan kepada kita melaluinya?

Manusia itu selalu bersifat lupa diri tatkala diberi nikmat. Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat. Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo'a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan." - [Surah Yunus, 10: 12]

Maka, di situ punya hikmah untuk sama-sama kita renungkan.

Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.

Dia mahu kita kembali kepadaNya.

Dia mahu kita selamat di 'sana'.

Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali.

Sekarang, jawab dengan hati kita. . .

Benarkah selama ini kita telah meletakkan Dia sebagai matlamat hidup kita?
Atau tanpa sedar kita meletakkan perkara-perkara lain (nikmat-nikmat yang Dia tarik itu mungkin) sebagai tujuan hidup yang mesti kita capai?

Benarkah kita telah meletakkan pergantungan kita sepenuhnya kepadaNya?
Atau mungkin, kita meletakkan pergantungan kita kepada 'tuhan-tuhan' lain (manusia-manusia lain atau diri sendiri) lebih, berbanding Dia Yang Maha Sempurna?

Moga-moga, hati-hati yang bersih itu mampu memberikan jawapan yang jujur.

Kerana saya yakin, pasti semua tahu, bahawa apabila kita sudah mengakui Allah itu sebagai Tuhan kita, seharusnya hanya Dialah yang menjadi matlamat utama hidup kita. Dan hanya kepadaNya jualah tempat kita bergantung segala.

Dan perkara-perkara lain yang 'terkorban' (ketika diuji) itu, tidak lain hanyalah salah satu kurnia dariNya dan juga sebagai ujian pembuktian keimanan manusia.

Seharusnya ia tidak mampu menggoyah matlamat hidup serta keyakinan kita.

Selama ini, adakah itu cara kita melihat?

Penutup: Kembali sedar matlamat dan peranan hidup

Kembalilah menapak bersama matlamat dan hala tuju yang jelas.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepadaKu." - [Surah Ad-Dzariyat, 51: 56]

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, 'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?' Dia berfirman, 'Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" - [Surah Al-Baqarah, 2: 30]

Manusia itu seharusnya sedar, bahawa tujuan dia tercipta di muka bumi ini adalah untuk menghambakan diri kepadaNya (melaksanakan tanggungjawab dan perintahNya, serta meninggalkan laranganNya).

Manusia itu sewajarnya sedar peranan yang perlu dia mainkan di muka bumi ini ialah sebagai khalifah; yakni dengan memakmurkan muka bumi, serta membawa manusia kembali kepada Allah, satu-satunya 'Illah' (Tuhan) seluruh semesta.

Setelah kesedaran, kefahaman, dan keyakinan tadi mendasar, semua permasalahan tadi pasti akan tampak lebih mudah. InshaAllah.

Wajar sahaja kita merasa sedih tatkala diuji, kerana itu merupakan lumrah seorang manusia. Namun, amatlah tidak wajar untuk kita merasa kecewa dan berputus asa. Sekaligus, kita tidak akan sesekali memanjangkan kesedihan yang dirasa.

Ya. Ia adalah atas keyakinan kita bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala.

Memperhambakan diri kepadaNya merupakan tujuan hidup kita.

Dan pasti, Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmahnya.

Jika kita sudah sedar akan perkara ini, maknanya, hikmah dari ujian itu seharusnya sudah nampak. Kebangkitan yang ditunggukan-tunggukan itu juga seharusnya sudah dimulakan langkahnya.

Wahai diri,

Kali ini. . .

Letakkan Dia 'bersama' ketika kamu menapak.

Dan pasti, jalan penyelesaian itu akan mula kelihatan.

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." -
 [Surah At-Talaq, 65: 23]

Friday, February 18, 2011

Cantik Sangatkah Diri Kita Ini?


Apakah yang kita lakukan apabila bangun pagi? Biasanya, setelah menggeliat dan menggenyeh mata, kita akan terus ke bilik air untuk menggosok gigi. Selepas itu mandi, bersabun dan bersyampu. Usai bersolat, kita bersolek. Bagi perempuan, wajah jadi cantik setelah dilukis semula. Bagi lelaki pula, wajah kembali terurus setelah membuat landscaping kecil dengan menebas misai dan janggut serta menyikat rambut.
Buat orang lelaki, tali leher yang terjerut kemas akan menampilkan gaya yang segak. Bagi orang perempuan, busana yang diperagakan akan menganggunkan ketrampilan. Perfume yang disembur menyegarkan bau tubuh dan menaikkan aura. Orang yang berselisih dengan kita boleh terhenti untuk menghidu bau minyak wangi yang kita pakai.
Itulah kebiasaan yang kita lalui sebagai manusia yang berkerjaya. Bagi golongan suri rumah, pelajar, mahupun yang masih belum bekerja, rutin harian yang dilalui lebih kurang sama juga. Dalam masa tidak sampai sejam, kita sudah pun siap. Kita lalui semua proses mendandan diri separuh robotik ini sebaik sahaja bangun tidur.

Namun, pernahkah kita berhenti seketika, termenung dan merenung kembali buat seketika? Apabila bangun tidur, sebelum melompat atau bermalas-malas mengheret kaki ke bilik air, terciumkah kita bau tubuh sendiri terutamanya bau yang datang daripada mulut kita? Wangikah ia?
Apabila membelek wajah di cermin, lihatlah kelayuan mata sendiri yang cengkung dan bergelanggang kerana belum dipalit kelilingnya dengan celak dan shadow. Berapa garis kedutkah yang kita ada. Kurang daripada sepuluh atau sudah tidak terkira? Biasanya kita tidak sempat membilangnya kerana cepat-cepat menutupnya dengan bedak.
Bila diperhatikan betul-betul, rambut kita yang ikal seperti seludang kelapa sudah semakin lurus seperti berus periuk terpakai. Tidak lama lagi, warna putihnya akan melebihi warna hitamnya. Misai yang tebal pun sudah jarang-jarang dan tidak tentu hala tumbuhnya.
Otot-otot di tepi bibir yang biasanya ternaik hingga menyerlahkan wajah kita seperti orang yang sentiasa tersenyum, kini sudah kendur. Akibatnya, wajah kita yang serius kelihatan seperti sedang mencebir; menjadikan wajah kita persis orang yang sudah putus urat senyumnya.
Carilah kembali tanda lahir di tubuh, sama ada tompok putih di belikat atau garis di celah paha ~ yang hanya diketahui juga oleh pasangan kita; yang juga menandakan kita bukan manusia sempurna seperti batang tubuh artis yang sudah diphotoshop di komputer. Bagaimana pula perut yang punyai kesan pecah lemak hingga berjalur-jalur pecah seribu, tompokan hitam atau kutil yang mula tumbuh di merata tubuh?
Dan, lihatlah diri kita secara keseluruhan di cermin secara 360 darjah. Tataplah bentuk tubuh kita sendiri daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kepala, leher, tengkuk, bahu, lengan, dada, perut, paha, betis dan akhir sekali, kaki. Eh, sejak bila lubang hidung kita dah tak sama saiz rongganya? Bila pula tubuh kita rebeh sebelah?
Kita kini tidak lagi persis model yang cantik dengan keluk, lekuk dan luk di bahagian-bahagian yang sepatutnya. Justeru itu, apakah kita kini seorang manusia... atau kita telah bertukar menjadi makhluk yang menggelembung di sana-sini di bahagian-bahagian yang tidak seharusnya?
"Tidur itu saudara mati." Demikian sabda Rasulullah, s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabarani dan Baihaqi. Ertinya, bangunnya kita daripada tidur itu seumpama bangun daripada mati. Wajah kita pucat, tidak terurus, tidak bermaya dan berbau. Sebenarnya tubuh dan wajah kita amat hodoh sekali!
Tetapi, oleh kerana terlupa mahu melihat kekurangan fizikal diri sendiri, kerana hendak berkejar menyoleknya, maka kita sudah alpa akan kecacatan bentuk zahir kita. Apabila kita menyarung baju yang lengkap dengan jalur dan warnanya, atau ropol dan rendanya, kita kelihatan segak sekali. Maka apabila mengatur langkah dengan bergaya kerana kasut tumit tinggi menjadikan postur tubuh membusung di ponggong dan dada... wah siapa yang tidak ingin menatap lebih daripada sekali?
"Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)." (Az-Zumar 39:42)
Sedangkan fizikal kita sendiri kita lupakan kerana sentiasa disalut dengan pakaian yang indah-indah, bagaimana pula dengan spiritual kita? Jika yang boleh dilihat itu tidak selalu dipandang, bagaimana pula dengan bahagian diri kita yang tidak dapat ditilik?
Apakah batin kita secantik yang kita anggap selama ini?
Ataupun ia lebih hodoh daripada kita yang zahir ini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...