Monday, January 24, 2011

Iman dan Islam

Assalamualaikum w.b.t...

Pagi ini saya membelek-belek blog sahabat-sahabat untuk mencari 'mutiara berharga' yang mungkin boleh dijadikan bekalan. setiap blog mempunyai cerita sendiri untuk dikongsikan. menarik dan banyak ilmu yang dapat dimanfaatkan. masing-masing punya pandangan dan luahan rasa yang tersendiri. ada juga yang menulis berdasarkan fakta,al-Quran,hadis dan semunya disertai dengan bukti yang kukuh.terfikir sejenak apa yang ingin saya kongsikan bersama sahabat2 hari ini... saya sebenarnya semakin takut untuk menulis entry. takut sekiranya apa yang saya sampaikan tersalah fahaman atau tidak betul pengisiannya. jika menjadi ikutan, tak tahu berapa banyak dosa yang perlu saya tanggung. Allahu... sekadar intro, perkara biasa yang mungkin terfikir juga oleh sahabat-sahabat..



Entry kali ini mungkin entry biasa, namun bagi saya, ianya adalah sesuatu yang harus kita fikir-fikirkan. masih ingatkah ketika belajar di sekolah rendah tentang rukun iman dan rukun islam? sejauh mana kita mendalami maksud kedua-dua rukun ini? mungkin ketika di sekolah rendah, kita hanya menghafaz kedua-dua rukun ini tanpa memahami apa yang tersirat disebaliknya. belajar mengikut buku dan apa yang diberitahu oleh ustazah atau ustaz. namun bila kita semakin menginjak ke alam dewasa, kita mungkin semakin memahami kedua-dua rukun ini dan mengaitkannya dengan kehidupan kita seharian. fitrah manusia yang mudah lupa.. saya percaya ada juga di luar sana yang tidak berapa ingat dengan kedua-dua rukun ini. sibuk dengan urusan dunia dan ditambah dengan anasir-anasir yang tidak sepatutnya. tidak tujukan pada sesiapa, tetapi menjadi peringatan kepada diri saya sendiri..moga kita semua tergolong di dalam golongan orang-orang yang beriman InsyaAllah...wassalam

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Ali ‘Imran : 18)

Mari Hafaz Rukun (^_^)

Rukun ISLAM ada 5 perkara:

1 ~Mengucap Dua Kalimat Syahadat
2 ~Menunaikan Solat Lima Waktu
3 ~Berpuasa Pada Bulan Ramadhan
4 ~Mengeluarkan Zakat
5 ~Menunaikan Haji Bagi Mereka Yang Mampu

Rukun IMAN ada enam 6 perkara:

1 ~Beriman kepada ALLAH SWT
2 ~Beriman kepada Malaikat-malaikat
3 ~Beriman kepada Kitab-kitab
4 ~Beriman kepada Rasul-rasul
5 ~Beriman kepada Hari Kiamat
6 ~Beriman kepada Qada dan Qadar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...