Tuesday, January 25, 2011

Amalan Soleh Sumber Kekuatan Peribadi



DUNIA tanpa sempadan membenarkan kita menembusi setiap ceruk kehidupan manusia tanpa dapat dikawal undang-undang. Hanya peribadi saleh boleh menghalang perbuatan maksiat kepada Allah seperti tidak amanah, tidak bertanggungjawab ataupun tidak menghormati hak orang lain.

Pembentukan dan pengembangan peribadi Muslim yang dikehendaki Allah dan disebut dalam al-Quran ialah sahsiah salih dari segi tutur kata dan perbuatan. Al-Quran menggariskan prinsip sama sejak mula diikuti oleh umat Islam.





Umat Islam perlu membina peribadi teguh dalam dunia tanpa sempadan ini. Jika tidak, mereka akan ketinggalan dalam soal agama, akhlak dan kepemimpinan. Ada bimbingan yang kita harapkan daripada orang yang arif dalam apa juga bidang.

Untuk membina personaliti Muslim dihormati ialah dengan akidah yang bersih. Muslim perlu mempunyai ikatan kuat dengan Allah supaya mereka percaya kepada qada dan qadar serta dunia selepas kiamat.
Muslim juga akan yakin dan cekal dengan ujian Allah jika mereka mempunyai akidah yang bersih serta bersedia menghadapi cabaran mendatang. Semua ini dapat dicapai melalui hubungan rapat dengan Allah melalui ibadat hakiki yang dilaksanakan.

Beza kehambaan kepada Pencipta bukan diukur dengan pakaian buruk dan jalan tunduk, tetapi keikhlasan beribadah serta tidak berbangga melakukan perbuatan baik atau mempunyai niat sebaliknya.

Peribadi salih termasuk juga kekuatan fizikal yang memungkinkan umat Islam menjalankan ibadah dan perintah Allah dengan sempurna tanpa bergantung kepada pertolongan orang. Kesihatan yang baik, memungkinkan umat Islam memenuhi amanah dengan baik.

Peribadi Muslim juga perlu kepada cara berfikir yang intelek. Antara sifat Rasulullah ialah cerdas dan tangkas membuat keputusan disebabkan keintelektualan Baginda yang tinggi. Jika direnungkan, setiap apa akan dilakukan, diperkatakan atau diam sekalipun, ia bermula dengan berfikir. Sebab itu individu Muslim cemerlang ialah yang bijaksana dan bertimbang rasa.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah: Samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran.”

Satu aspek lain tidak kurang pentingnya dalam membina peribadi seorang Islam ialah mesti berjuang memerangi hawa nafsu yang jahat. Sebagai manusia, kita mempunyai kecenderungan terjebak hasutan nafsu dan daya juang tinggi membolehkan kita melawan daripada melakukan maksiat.

Setiap Muslim juga perlu memastikan peribadi mereka terjaga dengan menepati masa dan tidak membazirkan masa. Allah banyak mengingatkan manusia supaya menjaga masa 24 jam yang diperuntukkan sehari semalam.
Muslim juga perlu berdisiplin dan profesional selain tekun, bijak berinteraksi, berintegriti dan amanah. Umat Islam sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada bangsa lain kerana Islam adalah agama sempurna yang mendidik umatnya ke arah kebaikan.

Muslim harus mempunyai kuasa supaya peribadi mereka tidak terhalang oleh penafian atau doktrin kuasa lain yang membantutkan kegemilangan tamadun Islam dikecapi berabad lalu.

Akhirnya, setiap Muslim mesti memastikan dirinya bermanfaat kepada orang lain. Kebajikan, kebaikan dan amalan baik yang dilakukan perlulah saling dirasai oleh umat Islam lain khasnya atau seluruh manusia amnya.
Dunia ini akan gelap gelita jika tidak ada lagi umat Islam kerana umat Islam adalah bangsa yang terpilih dan sebab itulah Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”

Monday, January 24, 2011

Iman dan Islam

Assalamualaikum w.b.t...

Pagi ini saya membelek-belek blog sahabat-sahabat untuk mencari 'mutiara berharga' yang mungkin boleh dijadikan bekalan. setiap blog mempunyai cerita sendiri untuk dikongsikan. menarik dan banyak ilmu yang dapat dimanfaatkan. masing-masing punya pandangan dan luahan rasa yang tersendiri. ada juga yang menulis berdasarkan fakta,al-Quran,hadis dan semunya disertai dengan bukti yang kukuh.terfikir sejenak apa yang ingin saya kongsikan bersama sahabat2 hari ini... saya sebenarnya semakin takut untuk menulis entry. takut sekiranya apa yang saya sampaikan tersalah fahaman atau tidak betul pengisiannya. jika menjadi ikutan, tak tahu berapa banyak dosa yang perlu saya tanggung. Allahu... sekadar intro, perkara biasa yang mungkin terfikir juga oleh sahabat-sahabat..



Entry kali ini mungkin entry biasa, namun bagi saya, ianya adalah sesuatu yang harus kita fikir-fikirkan. masih ingatkah ketika belajar di sekolah rendah tentang rukun iman dan rukun islam? sejauh mana kita mendalami maksud kedua-dua rukun ini? mungkin ketika di sekolah rendah, kita hanya menghafaz kedua-dua rukun ini tanpa memahami apa yang tersirat disebaliknya. belajar mengikut buku dan apa yang diberitahu oleh ustazah atau ustaz. namun bila kita semakin menginjak ke alam dewasa, kita mungkin semakin memahami kedua-dua rukun ini dan mengaitkannya dengan kehidupan kita seharian. fitrah manusia yang mudah lupa.. saya percaya ada juga di luar sana yang tidak berapa ingat dengan kedua-dua rukun ini. sibuk dengan urusan dunia dan ditambah dengan anasir-anasir yang tidak sepatutnya. tidak tujukan pada sesiapa, tetapi menjadi peringatan kepada diri saya sendiri..moga kita semua tergolong di dalam golongan orang-orang yang beriman InsyaAllah...wassalam

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Ali ‘Imran : 18)

Mari Hafaz Rukun (^_^)

Rukun ISLAM ada 5 perkara:

1 ~Mengucap Dua Kalimat Syahadat
2 ~Menunaikan Solat Lima Waktu
3 ~Berpuasa Pada Bulan Ramadhan
4 ~Mengeluarkan Zakat
5 ~Menunaikan Haji Bagi Mereka Yang Mampu

Rukun IMAN ada enam 6 perkara:

1 ~Beriman kepada ALLAH SWT
2 ~Beriman kepada Malaikat-malaikat
3 ~Beriman kepada Kitab-kitab
4 ~Beriman kepada Rasul-rasul
5 ~Beriman kepada Hari Kiamat
6 ~Beriman kepada Qada dan Qadar

Friday, January 21, 2011

KITA AMAT MEMERLUKAN ALLAH SWT


Putera-puteri harapan ummah yang dkasihi sekalian. Marilah kita melihat satu hakikat yang sangat besar dalam kehidupan, iaitu kita adalah para hamba yang faqir yang sangat-sangat memerlukan Allah SWT sedangkan Allah SWT adalah al Ghani, Yang Maha Kaya, yang tidak punya keperluan apa-apa. 

Manusia hari ini majoritinya sangat jauh dari Allah sehingga tidak merasakan keperluan untuk menghubungkan diri dengan Allah. Mereka amat bergantung kepada makhluk yang sangat lemah tetapi terputus dari Allah Yang Maha Kuat. 


Kita memerlukan Allah dalam urusan yang kita amat jahil, maka kita memerlukan hidayah dan petunjuk Allah 


Kita memerlukan Allah dalam urusan yang kita punya pengetahuan tetapi tidak mampu untuk mengamalkannya. Maka kita perlu memohon keampunan serta bertaubat dari kelemahan dan kelalaian kita 


Kita perlu sentiasa diperingatkan bahawa kita sangat perlu kekuatan dan bimbingan Allah untuk meninggalkan 'zhulumat' kegelapan jahiliyyah dalam masuk secara total ke dalam cahaya petunjuk Allah. Kita perlu ingat bahawa bila kita diseru untuk mentauhidkan Allah, berubudiyyah kepada Allah serta mentaati-Nya, Maha Suci Allah dari sebarang keperluan dan Allah Maha Agung dan Maha Besar, tidak memerlukan semua itu. Allah tidak sekali-kali memerlukan kita dan pengorbanan dan jihad kita. Kesemua itu adalah keperluan kita. 


Sekiranya kita lalai atau enggan menunaikan hak-hak Allah yang telah ditentukan ke atas kita, maka Allah Maha Berkuasa dengan mudah untuk mencipta dan memilih kelompok baru untuk berubudiyyah kepada-Nya dan berjuang untuk menegakkan Deen-Nya.


Anak-anak yang dikasihi, marilah kita memohon dengan penuh rendah diri kepada Allah SWT agar dikurniakan dalam hati-hati kita rasa sangat berhajat kepada Allah SWT, khususnya keperluan kita agar hati kita dapat terus hidup dan mampu menghilangkan bahan-bahan cemar hati, rawasib , yang melumpuhkan dan mematikan hati. Hanya Allah sumber pertolongan dan perlindungan bagi kita...

Wednesday, January 19, 2011

KeNaPA MalaS SoLat ???


Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.
...
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.
...
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.
Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."






Sunday, January 16, 2011




Mencari wajah Tuhan,
Menemukan aku dengan wajah
jelek diriku sendiri,
Tiada yang indah pada wajah ini,
Cuma secebis nilai hamba,
Yang masih tersisa.
Mencari wajah Tuhan,
Menemukan aku dengan anjing-anjing dunia,
Mengenalkan aku dengan samseng-samseng kehidupan,
Mereka-mereka yang tak pernah berputus asa,
Menyeru namaku untuk menyertai saf mereka,
Memperjuangkan syurga sengsara.
Mencari wajah Tuhan,
Membuka sejuta kerosakan,
Membongkar semua rongga kesulitan,
Membunuh segala keluh kesah,
Membersihkan segala karat dan kekotoran,
Lalu takbir dilaung penuh merdeka,
Bebas tanpa duka lagi.
Mencari wajah Tuhan,
Menemukan aku erti hidup,
Yang selama ini ialah rahsia,
Kisah cinta sejati,hamba kepada tuannya.
Wahai Allah yang Maha Pengasih,
Aku telah jatuh cinta kepada-Mu
Hidupkanlah aku dalam cinta-Mu,
Dan matikanlah aku dalam kasih-Mu,
Izinkan aku menjadi salah seorang hamba-Mu,
Yang akan menatap wajah-Mu di dalam syurga,
Tiada duka, tiada sengsara, cuma kebahagian yg hakiki,
Balasan atas kekerdilan diri,
Mencari wajah Tuhan...

Thursday, January 13, 2011

KeRinduan Seorang Teman

                                              

  Puas sudah
Ku cari kebahagiaan
Disisi teman-teman
Ku dapat hanya kelalaian..

Ku cari lagi
Di hati seorang kekasih
Ku dapat hanya kekecewaan
Dan ku terus mencari
Dalam meniti hari
penuh dengan kekosongan

Oh dimana lagi harus ku mencari
Membawa sekeping hati
yang sarat kerinduan
Rindu yang tiada haluan
Aku keliru sendirian
Apa yang ku cari
Apa yang ku perlukan
Aku masih tak bisa mengerti

Yang pasti kekosongan hati ini..
Minta di isi..

Sejenak ku tersedar
Aku mencari cinta agung
Buat jiwaku yang merindukan
Hakikat kebenaran
Cahaya yang membelah kegelapan
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan

Ku sedar
Destinasi pencarianku disini
Ku mencari-MU Tuhan
Mengharap keredhaan
Menagih kebahagiaan
Dari sinat cahaya IMAN..

~HaTiku MiLikMU Ya RaBBi~

Wednesday, January 12, 2011

"InSaN"



Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat

Selain hanya nama-Mu Ya Allah



Esok ataukah nanti

Ampuni semua salahku

Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta

Kau beriku bahagia

Jadikan aku selamanya

Hamba-Mu yang slalu bertaqwa


Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu

Saat Kau limpahkan karunia-Mu

Dalam sunyi aku bersujud..


Pelajaran Minggu Ini

Pelajaran 1) SETIAP KALI

Setiap kali mendapat nikmat,
Jarang kusedari itu pemberianMu,
Terkadang rasa,
Itu kerana,
Segala usaha dan penat lelahku sahaja..

Setiap kali ditimpa musibah,
Kumengeluh risau bertambah gelisah,
Hingga terlupa padaMu Allah,
Tempat Kembali segala masalah..

Oh Tuhan yang Maha Penyayang,
Leraikanlah aku dari keluh kesah,
yang membelenggu jiwa dan fikiran,
ditambah dengan hasutan syaitan.

Kurniakanlah kepadaku ketabahan,
Singkapkanku hikmah segala ketentuan,
Moga sinarMu berikanku pedoman,
Hanya padaMu segala ketetapan..



Pelajaran 2) jom nasihat

"Dan (ingtlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, "Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?" Mereka menjawab, " Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertaqwa."(164)

Maka setelah mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang orang berbuat jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik.(165)

(surah al-a'raf)


Pelajaran 3) muwassofat tarbiyah

moga kita termasuk orang yang tersusun urusannya.. amin.. ^_^

Tuesday, January 4, 2011

Allah pemegang hati!!

Minta maaf. Hati memang x boleh dipaksa!! Kita xleh sesuka hati kite je nk suruh dia jadi begitu, nk suruh dia jadi begini. Nak dia terima itu, nak dia terima ini. Nak suruh dia buat begitu dan bukan begini. Nak dia dapat merasai betul2 ape yang kite rasai. Nak suruh dia fahami betul2 ape yg kite fahami(semoga kite terus-terusan faham). Tidak, memang x boleh!! Jadi utk ape kekecewaan ini??!! Utk ape kesakitan ini?! Kenapa perlu rasa kecewa bila dia x mahu menerima? Kenapa perlu rasa sakit bila dia menolak? Kenapa perlu rase sedih bila dia memberi alasan? “Ala~, kamu  xfaham.” Yes, mmg aku x faham! 

Tapi prlu aku ingat, dia manusia, aku juga manusia. Mungkin sebab itu,  mungkin !. Kerana manusia itu misteri, manusia itu kompleks, manusia itu lemah, manusia itu hanye hamba kepada Allah pencipta alam, Allah pencipta binatang, Allah pencipta manusia. Allah yg Maha Mulia, Allah yg Maha Pengasih, Allah yg Maha Memerhati, Allah yg Maha Penyayang, Allah yg Maha Pemberi, Allah yg Maha Halus dan semua 99 asma wa sifat Allah yang lain. Maka, Allah jugalah yg memegang hati2 manusia itu. Hanye Allah sajelah yg memegang, yg membolak-balikkan hati2 manusia. Yang Maha Memegang segala isi hati manusia.

Al-Mulk:13-14

Maka, aku sepatutnye kembali kepada Allah(Al-Alaq:8)
Jangan dilayan rase kecewa, jangan dibiarkan hati kacau bilau. Kerana sesungguhnya dia juga manusia, hanye Allah lah yg memegang hati dia dan hati aku. Jadi, berdoalah kepada Allah agar hati aku dan hati dia tetap di bawah pengawasanNya. Agar semoga 1 hari nanti dia juga boleh faham, malah lebih daripada diriku. Agar pengakhiran dia dan aku dalam keadaan yang baik, yang dirahmati Allah. Ameen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...