Saturday, December 29, 2012

Imtihan datang lagi

Bismillahirrahmanirrahim.

  Assalamualaikum buat sahabat2 yang sering mengambil perkembangan melalui blog ana yang tak seberapa mana ini.(biarpun xde orang baca. hahaha). Awwalan ana harap sahabat2 semua sihat sentiasa.

Segala puji bagi Allah S.W.T. yang sentiasa memelihara kita dalam menempuhi kehidupan yang penuh ujian dan cubaan ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat Baginda yang telah berjuang dalam menyebarkan kalimat Allah di muka bumi ini. dengan kebesaranMu yang di bawa bersama kalimah basmallah. kami memohon kejayaan yang hakiki. yakni kejayaan dari sisiMu.. sesungguhnya, Engkau lebih mengetahui erti kejayaan dari diri kami yang kerdil ini.. malah, telah Kau tetapkan segalanya yang terbaik untuk kami.. sekiranya kejayaan dalam peperiksaan kali ini merupakan sebahagian dari rezeki kami.. janganlah dengan kejayaan itu, ia menjauhkan kami dariMu.

sebelum terlupa,macam iman dan amal kalian? sama-sama kita beristighfar agar tidak terpesong hati2 kita semua. mungkin semua sudah ketahui apa akan ana post kali ini.

 Imtihan! exam! peperiksaan. macam biasa la, ia merupakan satu ujian zahir kepada kita semua. Sukalah kata untuk mengandaikan peperiksaan ini sebagai satu medan perjuangan kita. Peperiksaan menuntut kita untuk memberikan sepenuh komitmen dan tenaga dalam mempersiapkan diri dengan sebaiknya bagi menghadapi soalan yang bakal ditanya kelak. Bukan sahaja komitmen yang tinggi diperlukan, malah kita juga perlu memastikan momentum itu sentiasa maintain supaya usaha yang telah kita lakukan itu berterusan sehingga ke hari peperiksaan.

Every semester kita akan mengambil peperksaan akhir sem, ini merupakan salah satu ujian bagi kita untuk menguji selama kita belajar dalam tempoh beberapa bulan ini malah peperiksaan ini juga sebagai satu medan perjuangan kepada kita sebagai pelajar @ mahasiswa,siswi. Dan kita Sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi yang terpelajar setiap orang pasti mempunyai langkahnya yang tersendiri bagi mengharungi fatrah ini dengan cara yang bijak. InsyAllah.

Walaubagaimanapun, saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian untuk kita bersama-sama berusaha kerana Allah. Niat yang ikhlas kerana Allah, insyaAllah dapat membantu kita mengulang kaji pelajaran dengan lebih efektif dan berkesan. Semoga segala usaha kita dianggap sebagai amal kebajikan yang dapat membantu kita di dunia ini, mahu pun di akhirat kelak.

Jom sama-sama kita memohon pertolongan daripada Allah dalam menghadapi musim peperiksaan ini. Ya Allah, Kau bimbinglah kami.. Kau terangilah kami dengan cahaya jalan yang lurus untuk kami menuju ke syurgaMu. jadikanlah kejayaan dalam peperiksaan kali ini satu batu loncatan buat kami menegakkan agamaMu. dan janganlah Kau lalaikan kami dengan kejayaan itu, setelah kami diberikan kejayaan. Moga kami tetap terus dalam memperjuangkan agamaM. tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu. dan di atas ketaatan kepadaMu. dan di atas jihad pada jalanMu.

               Firman Allah, di dalam surah Ghafir, ayat 60
Mafhumnya: Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk nerakan jahanam dalam keadaan hina dina”.

buat sahabat2 seperjuangan, ana ingin memohon maaf sekiranya ada silap dan salah atas kelakuan ana selama ini. dan salam imtihan ana nak ucapkan buat semua. disaat kita berperang dengan imtihan dunia jangan lupa bahawa kita ada satu imtihan yang sangat besar iaitu imtihan akhirat yang kita tidak tahu bila,dimana,bagaimana dan soalan apa. namun soalan telah terbucur tetapi adakah kita dapat menjawab dengan keimanan kita yang kadang2 turun dan kadang2 naik? sama2lah kita perkuatkan iman dihati. tidak lupa juga mohon maaf dari hujung rambut hingga kaki buat mak dan abah, atas semangat yang diberikan kepada ana, doakn kejayaan anakmu di sini. dan buat sahabat2, bittaufiq wannajah. sebelum berundur, saya mengucapkan semoga berjaya kepada kita semua. InsyaAllah kita semua akan mendapat keputusan yang cemelang dalam peperiksaan yang bakal menjelang tiba nanti.

Biar rebah, jangan berubah!
Hubungan dengan Allah usah terpisah,
pengurusan masa biar terarah,
kerana akhirnya adalah natijah.
InsyaAllah


Salam Imtihan =.=

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...