Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Mungkin ramai yang mengetahu bahawa 8 MEI adalah sambutan ‘Hari Ibu’ di seluruh dunia. Sebenarnya hari ibu bukanlah tertakluk pada tarikh tersebut cuma ianya memberikan ingatan betapa besarnya sumbangan ibu dalam kehidupan kita. Sehingga kita terlupa ibu berkorban seluruh jiwa untuk menjadikan kita sebagai manusia yang berguna.
Walau apa jua panggilan samada ibu, mak, ummi, mama, Amma, mummy, mother, okasan, eomoni ianya merujuk kepada seorang wanita yang melahirkan manusia setelah mengendungya selama 9 bulan. Bukan mudah menjadi seorang ibu terutama di zaman penuh pancaroba ini.
Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu di seluruh dunia terutama ‘ibu yang telah membentuk diriku ini.. Memang banyak bersalah dan rasanya tak mampu membalas jasanya… Bersama-sama ini disertakan sajak khas untuk ibu..
Sajak Untuk Ibu
Ibu,
Kau banyak berkorban,
Mengendung zuriat suamimu,
Bersama-sama ke sana ke mari,
dan bila tiba masanya,
kau bertarung nyawa untuk melahirkan,
seorang manusia,
Ibu,
Separuh hidupmu kau dambakan,
untuk kebahagian anakmu,
walau mereka tidak mahu membalasmu,
Ibu,
Bebelanmu ada maknanya,
bukan sekadar sia-sia,
namun bukan semua diterima anakmu,
Ibu,
Kau mengalir airmata,
bukan sebab penat memelihara anakmu,
tapi kecewa melihat media,
berbicara anak yang dihina,
dibuang dimerata,
ditendang sesuka,
kau sedih,
takut sekiranya anak-anakmu begitu,
Ibu,
sungguh besar dugaanmu,
anak meragam,
bapa melaram,
hati tak keruan,
namun kau tadahkan tangan,
doa dipinta agar diberi kekuatan.
Ibu,
kau sungguh tabah,
tak mungkin mampu ku balas walau setitik air susumu,
apatah lagi titik peluhmu,
memasak nasi, membasuh baju dan segala kerja rumahmu,
Ibu,
Adakah lagi insan sepertimu,
yang boleh menjadi ibu sehebatmu,
Yang mampu menjaga diriku ,
Dan mungkin jua anak-anakku..
Sekian. Diharap dengan sambutan hari ibu akan menguatkan lagi ingatan dan kasih sayang kita kepada ibu tercinta.
” SELAMAT HARI IBU ” untuk semua kaum ibu di luar sana. Jadilah ibu mithali supaya mendapat keberkatan dariNya..InsyaAllah..
Happy Mother,s Day and Happy Family..
No comments:
Post a Comment