Tuesday, November 2, 2010

Renung-renungkanlah

" Kita sering mahukan hari yg cerah, tp Allah lebih mengetahuinya, hakikatnya hujan perlu diturunkan...
Kita sering inginkan keseronakan, jauh sekali kesusahan, tp Allah lebih mengetahuinya, kesusahan itulah yg mengajar kehidupan...
Kita sering inginkan ketenangan, hakikatnya diri ini penuh dengan dosa & kejahatan, tp manusia tidak dpt lari dri kesilapan....
Semua ini bukanlah satu hukuman tp sbagai tanda kasih & sayang Allah, agar kita lebih beriman....."


Tiga Perkara Yg Mesti Dijauhi

Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

" Barang siapa yg bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka keolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekeyaanya maka telah hilang 2 per3 agamanya.."



Empat perkara yg berharga dalam diri manusia 

Telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

" Ada empat macam yg berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...