Friday, November 29, 2013

Aku Insan Yang Lemah...



Manusia sering mengeluh apabila diuji Allah dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan, kemiskinan dan kefaqiran. Tetapi manusia tidak pernah gelisah apabila diuji dengan kekayaan, kebahagiaan, kecukupan dalam kehidupan dan kemewahan. Itulah lumrah manusia..anda, saya dan kita semua.

Tetapi berbahagialah manusia yang diuji dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan dan kemiskinan kerana sesungguhnya mereka di dalam golongan yang dikasihi oleh Allah. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w suatu ketika menangis apabila mereka tidak diuji oleh Allah, kerana takut mereka telah hilang kasih sayang Allah. Tetapi kita hari ini di saat diuji...

Maka ketika hati kita tertanya-tanya “Mengapakah aku yang diuji?” Maka ingatlah firman Allah: 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang dusta."
- Surah Al-Ankabut ayat 2-3 -

Tatkala diri berkata “Mengapakah aku tidak memperolehi apa yang aku citakan?” Allah berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216 -

Lantaran disaat diri terasa lemah, nafsu telah mengalah, hidup terasa tidak bermakna lagi maka renungilah ayat Allah:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
-  Surah Al-Imran ayat 139 -

Tika hati bermonolog “Bagaimanakah harus aku hadapi semua ini?” Maka Allah telah berfirman untuk mu:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200 -

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45 -

Sementara dirimu tercari-cari dahan untuk bergantung pada seseorang untuk memperolehi kekuatan, Allah telah sedia bersamamu:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129 -

Dan apabila kau merasakan “AKU DAH TAK TAHAN!!!” Maka ingatlah firman Allah..
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dar rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
- Surah Yusuf ayat 12 -

Sesungguhnya...
"Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..”
- Surah At-Taubah ayat 111 -

Dan akhir sekali ingatlah diriku, dirimu dan diri kita semua
“Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
- Surah Al-Baqarah ayat 286 -

“Ya Allah...
Jika ujian ini untuk menguji keimananku, berilah aku kekuatan, keimanan dan ketaqwaan. Jika ujian ini untuk kaffarah dosa-dosaku, berilah aku kesabaran dan keredhaan.”

Menggali Hikmah Disetiap Kejadian Dan Setiap Kesedihan




Tidak salah bersedih, tetapi perlukah kita tunjukkan?

Menangis? Adakah kita mahu dilihat oleh orang ramai?

Jangan biarkan perkara itu menimpa kita, sahabat. Jangan nampakkan kesedihan kita. Teruskan melangkah. Tatap masa hadapan dengan penuh keyakinan.

Teruskan tersenyum dan tunjukkan kita sedang bahagia.

Waktu itu kekuatan mental kita diuji. Adakah kita kuat menghadapinya ataupun jatuh tersungkur dan terkulai. Berusahalah untuk tidak menunjukkan kesedihan!

Menggali Hikmah Dalam Setiap Kejadian

Jangan berhenti menggali hikmah-Nya.

Ibnu Al-Jauzy berkata,

“Sekiranya kamu tidak mampu menangkap hikmah, bukan kerana hikmah itu tiada, tetapi kerana kelemahan daya ingatan kamu sendiri. Kamu perlu tahu, raja juga memiliki rahsia yang tidak diketahui oleh orang kebanyakkan. Bagaimana kamu yang begitu lemah, mampu mengungkap semua hikmah-Nya?“

Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini, pada awalnya kita mengganggap pahit, getir, mahupun menyakitkan. Tetapi, pada kemudian hari kita mensyukurinya.

Sebaliknya, tidak sedikit perkara yang pada awalnya kita sambut dengan rasa gembira, tetapi pada kemudian hari kita bermuram durja dan menitiskan air mata kerananya.

Pengajaran Hudaibiyah

Kisah Rasulullah SAW dan para sahabat banyak memberikan pengajaran yang sangat berharga pada kita, salah satunya dalam peristiwa Hudaibiyyah.

Dalam satu klausa perjanjian Hudaibiyah menyatakan, Rasulullah SAW perlu kembali ke Madinah dan tidak boleh memasuki Makkah hingga tahun hadapan. Klausa berikutnya menyatakan, kedua-dua belah pihak perlu melakukan gencatan senjata selama 10 tahun.

Beberapa sahabat berasa sedih kerana mereka sudah dijanjikan bagi memasuki Makkah, tetapi terpaksa berpatah balik dan pulang ke Madinah.

Namun, sesuatu yang pada awalnya dirasakan pahit, menjadi manis selepas beberapa tahun.

Antaranya pengislaman beberapa tokoh Quraisy seperti Amru bin Al-Ash, Utsman Bin Thalhah dan Khalid Bin Al-Walid. Dalam rentang waktu itu, jumlah kaum muslimin bertambah ramai.

Hingga pada satu waktu, dengan kekuatan baru yang dimiliki, terjadi peristiwa yang tercatat dalam tinta emas sejarah, iaitu Fathu Makkah. Sebuah peradaban yang menerangi alam semesti ini sudah lahir.

Pelajaran berharga yang dapat kita ambil adalah, pasti ada hikmah daripada Allah ke atas setiap kejadian yang berlaku.

Persoalannya, adakah kita berusaha mencari ataupun menggali hikmah nya? Atau pun tidak langsung?

Bila Hikmah itu akan muncul?

Boleh jadi pada waktu itu juga, selepas seminggu, sebulan atau bertahun lamanya. Kita tidak akan tahu, tetapi yang pasti ia tetap akan muncul.

Setiap kejadian, pahit ataupun manis, pasti ada hikmah ataupun pelajaran berharga. Semasa perkara itu terjadi, kita perlu bersedia menghadapinya.

Daripada bertanyakan mengapa, lebih baik kita fokuskan perkara yang perlu dilakukan bagi menghadapi keadaan ini...^_^


Saya Dia Dan Allah =)

Kita tak boleh suruh seseorang tunggu kita. Kasihan dia. Sebab terpaksa tunggu kita habis belajar, perbaiki diri, dan lain-lain perkara yang kita perlu buat.

Lepaskanlah. Itu yang terbaik. Dan jangan lupa untuk doakan yang terbaik juga untuk dia. Tak baik halang orang dalam mencari kebahagiaan. Dia juga berhak untuk bahagia. Kalau kita suruh dia tunggu, kita seolah-olah menyekat kebahagiaan dia. Itu zalim namanya.

Lepaskanlah. Barulah jiwa tenang.

Kalau Allah SWT dah tetapkan dia jodoh kita, memang pastinya dia akan kahwin dengan kita, hidup bersama dengan kita. Kalau betul dia jodoh kita, tiada seorang pun yang boleh memiliki dia selain kita.

Jadi tak perlu gundah gulana.

Yang penting sekarang, usaha perbaiki diri kita. Jadi hamba Allah yang berguna untuk agamaNya.

Bangkitlah Wahai Jiwa Anak Muda...


Bismillahirahmnirahim.

Lama sudah kiranya diri ini lemah, Tiba masanya aku mula memecut,  sedang aku tahu berapa lama lagi sisa waktu yang tersisa. Ya memang aku masih muda. Mudah atau tua bukan syarat kematiankan. Allahu.

Baru-baru di facebook, twitter , boleh dikata semua laman social barang kali menceritakan tentang Syahid yang tertangguh, Almarhum Ahmad Ammar.

Benarlah kematiaanya menghidupkan jiwa-jiwa yang lena.

Aku antara jiwa itu mungkin.

Semangatnya terus mengalir. Tidak ku kenali dirinya,namun semangatnya membuatkan aku terpana, terdiam , terkaku. Allahu, jika pengakhirannya terlalu indah , bagaimana aku.

“Setiap yang berjiwa, pasti akan merasakan mati.”(QS. AliImran :185).

Aku yang lemah,
Allah mengirimkan berita itu,
Mungkin tiba masanya untuk aku mula memecut,
Sudahlah, buang masa pada benda yang tak penting lagi.
Dah la jangan lemah lagi , sesungguhnya syurga itu mahal.
Ujian Allah ada teguran , didikan dan tarbiah buat hati,
Tetaplah jiwa, menjahit kesabaran, mengait kekuatan.
Dia pemilik segala kekuatan dan ketenanagan.
Saat satu orang pun tidak peduli, ternyata DIA masih disitu.
Masih peduli, masih sudi membasuh jiwa ini.
Allah . Allah.
Moga Kau sentiasa bersama aku.
Teringat kata ayahanda.
Bangunlah waktu tengah malam, buat soalt sunat, 2 rakaat pun sudah memadai, biar sedikit janji istiqamah. Ada kekuatan disitu.
Terima kasih.
Pesanan yang tertanam dihati kini. Saat diri terasa benar-benar malas, Terasa indahnya lena.
Kata-kata ayah menerjah ruang hati, lalu ditinggalkan tilam yang empuk, melawan dinginnya malam. Lantas bersujud memohon ampun , kekuatan dan ketenangan.
Moga perjuangan menujuNya tidak lagi pudar. Moga perjuangan menujuNya tidak lagi terhenti. Moga setiap nafas yang dihela, diredhaiNya.
Moga Allah redha... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...