Sunday, May 1, 2011

muhasabah cinta


Ayat-ayat cinta dariNya~

'Maka apabila manusia ditimpa BENCANA dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami BERIKAN NIKMAT Kami kepadanya, dia berkata " sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana KEPINTARANKU" SEBENARNYA itu adalah UJIAN, tetapi kebanyakan mereka TIDAK mengetahui' (AZ-ZUMAR:49)


bila hati mula bicara-->

kita hanya;

mengingati Allah bila dalam kesusahan?
mengingati Allah bila mahukan perlindungan?
mengingati Allah pabila takut ketika keseorangan??



jadi;

tak perlu ye ingat masa kita senang?
tak perlu ye ingat masa kita rasa akan keselamatan?
tak perlu ya ingat masa kita ramai2 n kawan2??
tak perlu ke????~



Allahu Allah...

sungguh,kita hanya hamba yang lemah..
pantas pabila nikmat diberi,
terkadang lupa untuk mensyukuri...



Duhai diri,

jangan pabila jatuh tersungkur,
baru terdetik mengucap kata syukur..
jangan pabila kau jatuh terduduk,
baru ke bawah padaNYa kau tunduk,
jangan pabila pintu taubat tertutup,
berjuta dosa termaktub...(T_T)



Duhai diri,

JANGAN SOMBONG,,,
JANGAN SOMBONG,,,
JANGAN SOMBONG!!!



semua yang ada padamu,

BUKAN KAU PUNYA...
semua yang ada padamu,
HANYA PINJAMAN SEMATA,
semua yang ada padamu,
BUKAN KEKAL SELAMANYA...



bangkitlah!

sedarlah!
kau perlukan DIA...
mengapa perlu bermegah,
punya PINJAMAN kuasa...
sedangkan Dia MAHA BERKUASA,
KEKAL BERKUASA,,
tanpa kewujudan kita!
wallahua'lam



p/s- peringatan buat diri ini,

Saturday, April 23, 2011

Anda Stress ??


Bismillah wal Hamdulillah.

Salam imtihan buat semua.

Buat mereka yang berada di dalam negara, mahupun di luar negara.

'Imtihan' ni banyak cabangnya. Bukan sahaja terbatas kepada peperiksaan bertulis atau ujian lisan, malah boleh diluaskan melalui ujian-ujian dalan kehidupan kita seharian.

Life is a test.

Wealth also is a test.

kan3?



Jadi, bagi mereka-mereka yang agak stress atau tertekan dengan exam, kuiz, tutorial, etc dan ujian-ujian dunia ini, di bawah ini ada cara-cara yang boleh diaplikasikan dan dilakukan. InsyaAllah, tidak melanggar syara'.. :)

1) Ambil wudhu'

2) Solat

3) Baca Quran

4) Duduk bersila, tutup mata, dan berzikir, atau menyebut 'ALLAH' (pastikan hingga rasa zuukk dalam hati)

5) Makan

6) Baring

7) Tidur

8) Dengar nasyid / muzik yang tidak melalaikan

9) Telefon parents - minta kata-kata semangat

10) Mesej kawan-kawan.

11) Layari internet sambil jalan-jalan ke blog orang - jangan amalkan, nanti lama pula duk depan laptop tu 




Boleh pilih mana-mana yang berkenan di hati.

"Alaaahai..ni yang biasa punya.. Tak bagitahu pun, orang dah tahu."

"Memang lah.  saja ja nak bagitahu.." ^_^'

Jika ditanya kepada saya, apa yang akan saya pilih? Boleh tanya personal kepada saya (perlukah..?) :)


Akhir kata, moga sama-sama beroleh ketenangan. Segala-galanya datang dari Allah. Mintalah padaNya. Ok? 


Sekian, itu sahaja.

Doakan saya..

~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~

Monday, April 11, 2011

Mukmin Itu Bersaudara



Keimanan sejati hanya akan wujud dengan adanya tali persaudaraan yang sebenar dan persaudaraan murni tidak akan bermakna jika seseorang muslim tidak pernah mahu ikut merasai kesedihan dan penderitaan saudaranya.
Rasa cinta dan belas kasihan di antara mereka ini membuahkan sikap saling bantu-membantu, tolong-menolong dan bergotong-royong dalam apa juapun tugas-tugas dan kewajipan yang dibebankan ke atas mereka, apatah lagi dalam keadaan susah dan penderitaan yang menimpa saudara-saudara mereka.
Bantulah Saudaramu
Jama'atul muslimin hakikatnya adalah wihdatul ummah. Ia merupakan batu asas bagi tegaknya bangunan khulafah. Jama'ah yang dengannya umat Islam bersatu tenaga untuk melaksanakan syariat Allah, merupakan realiti sejarah yang pernah dibuktikan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya. Maka ia tidak akan menzalimi dan membiarkannya (menderita)." (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari)

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat
(Surah Al-Hujraat 49: Ayat ke 10)

Friday, February 25, 2011

ASBABUN NUZUL AL-QURAN AL-KARIM


Al-Quran merupakan kalam Allah yang mu’jizat, diturunkan kepada Nabi Muhamad SAW penutup para Nabi dan Rasul, dengan perantaraan Malaikat Jibril Alaihis salam, ditulis dalam mushhaf-mushhaf yang disampaikan kepada kita secara mutawatir, serta memepelajarinya merupakan suatu ibadat dimulai dengan surah Al-fatihah dengan ditutup surah An-Nas.

Definisi tersebut telah disepakati oleh para Ulama’. Allah menurunkan Al-Quran adalah untuk menjadi undang-undang bagi ummat manusia dan petunjuk serta tanda kebesaran Rasul dan penjelasan atas kenabian dan kerasulannya, juga sebagai ulasan (hujjah) yang kuat di hari kemudian yang mana akan dinyatakan bahawa Al-Quran itu benar-benar diturunkan dari Dzat Yang Maha Bijaksana lagi Terpuji. Jelaslah bahawa  Al-Quran merupakan mu’jizat yang abadi yang menundukkan semua generasi dan bangsa sepanjang masa.

Sebab-sebab turunnya Al-Quran dapat ditinjau dari istilah ibtida’iyah dan sababiyah.

 Pertama ibtida’iyah (إبتدائي), turunnya ayat tersebut tidaklah didahului oleh suatu  sebab yang menuntutnya, dan majoriti yang ada pada Al-Quran adalah ayat-ayat ibtida’iyah, diantaranya firman Allah Taala:

وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ                       

“ Dan diantara mereka ada orang yang telah berjanji kepada Allah, sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian dari kurniaNya kepada kami, nescaya kami akan bersedekah dan nescaya kami termasuk orang-orang yang sholih”.(QS.
At Taubah : 75).

Maka sesungguhnya ayat tersebut turun tanpa adanya suatu sebab, didalamnya menjelaskan tentang keadaan sebahagian orang-orang munafik.
           
            Kedua sababiyah (سببي ), turunnya ayat tersebut didahului oleh sebab-sebab yang menuntut diantaranya:
            Firman Allah Taala yang berbunyi:
يَسْأَلونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ                                      

" mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang bulan sabit, katakanlah, “ Itu adalah (petunjuk) waktu bagi manusia dan (ibadat) haji,”.(QS. Al Baqarah : 189).

Selain itu, salah satu diantara aspek yang berperanan dalam memahami makna-makna ayat Al-Quran adalah dengan mengetahui sebab-sebab turunnya, ini kerana mengetahui asbabun nuzul menjadi pokok perhatian para ulama’. Dapat di katakan, untuk mengetahui secara terperinci tentang corak ilmu-ilmu Al-Quran serta pemahamannya dengan mengetahu asbabun nuzul Al-Quran. Firman Allah Taala yang bermaksud:
“ Dan milik Allah timur dan barat. Ke mana pun kamu menghadap di sanalah wajah Allah. Sesungguhnya Mengetahui”.

            Ayat ini sering diertikan , boleh menghadap ke mana sahaja semasa solat selain arah kiblat. Pengertian ini jelas salah, sebab diantara syarat-syarat sah solat ialah menghadap ke arah kiblat. Oleh kerana dengan pengetahuan sebab-sebab turunnya, akan menjelaskan pengertian ayat ini, di mana ayat ini diturunkan bagi siapa sahaja yang sedang bermusafir/dalam perjalanan dan tidak mengetahui arah kiblat. Tetapi terlebih dahulu kita harus berijtihad dan menyelidiki, kemudian solat ke mana saja ia menghadap, maka sah lah solatnya, dan tidak wajib solat setelah diketahui salah arah kiblatnya. Ayat ini bukan untuk sembarangan digunakan tetapi khusus bagi yang tidak tahu arah kiblat saja.

Selain itu, firman Allah Taala yang bermaksud: 
“ Tidak berdosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan tentang apa yang mereka makan(dahulu), apabila mereka bertaqwa dan beriman, serta mengerjakan kebajikan, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, selanjutnya mereka (tetap juga) bertaqwa dan berbuat kebajikan. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Al-Maidah 93).

            Ayat ini diturunkan dalam masalah khamr (arak), sebahagian manusia mengerti bahawasanya ayat ini membenarkan minum khamr sebagaimana mereka katakan. Tetapi sebenarnya tidak akan tetapi mereka mendalilkan ayat tersebut boleh minum khamr. Sekiranya mereka tahu dan mengerti sebab-sebab turunnya, nescaya mereka tidak akan berprasangka semacam itu. Sebagaimana firman Allah Taala yang lain yang bermaksud:

 “ Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkoraban untuk berhala), dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung. (Al-Maidah 90).

Diriwayatkan, bahawa setelah turunnya ayat ini ada salah seorang sahabat bertanya kepada Nabi S.A.W. Bagaiman dengan mereka yang gugur di jalan Allah, sedangkan mereka minum khamr, dan itu perbuatan yang keji. Maka turunlah ayat menerangkan bahawa mereka yang telah minumnya sebelum diharamkan, maka mereka telah diampuni Allah dan tidak berdosa dan tidak akan diseksa kerana perbuatan sebelum turunnya ayat belum diharamkan. Dengan asbabun nuzul, ayat-ayat tersebut dapat difahami dan menjelaskan bahawasanya minuman keras (arak) dilarang dan haram dalam islam.

Sekian Terima Kasih.

Thursday, February 24, 2011

~Warkah Ke Syurga~


Assalamualaikum..
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Sering ku titipkan doa agar kita semua sentiasa berada di bawah payungan ramat dan hidayah-NYA..

Dalam kekalutan dunia ketika ini..
Daku amat berharap agar ALLAH sudi mengampunkan dosa kita semua..
Dalam keadaan manusia tidak takut lagi kepada TUHAN-nya..
Dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan yang batil..
Dan dala keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan yang mana pahala dan yang 
mana dosa..

Moga-moga doa yang selalu kita pohon dimakbulkan oleh-NYA..
Walaupun dalam kehidupan seharian kita kadang kala kita lupa kepada-NYA..
Dan kadang kala kita ingat kepada-NYA..
Tapi yang pasti terlalu banyak masa kita dihabiskan bukan untuk-NYA..

Buat permata Islam..
Yang sudah tentu dikasihi ALLAH dan dirindui Nabi..
Ssungguhnya Islam ini bukan sekadar agama..
Tetapi ia adalah cara hidup kita..
Samaada cara kita bepakaian,bertutur,belajar,bekerja atau dengan perkaaan yang 
lebih mudah..

Bermula daripada kita bangun tidur sehingga kita tidur kembali..
Semuanya ALLAH telah gariskan untuk kita..
Hatta sebelum kita lahir sehinggalah kita ditempatkan di dalam liang lahad..
Islam juga telah mengajar caranya..
Sering kita mendengar sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Islam Itu Tinggi,Tiada Yang Tinggi Selainnya.."

Tapi sayang sama sekali..
Kita yang merendah-rendahkannya..
Kita menjauhkan diri daripadanya..
Bahkan kita malu apabila Islam itu menjadi identiti kita..

Kita lalai dengan kehidupan kita..
Sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita..
Sedang kita lupa ALLAH sedang memerhatikan kita..
Kita tahu adanya ALLAH tapi kita tetap melanggari perintah-NYA..
Sombongnya kita kerana kita lupa kepada Pemberi segala nikmat sehingga kita menjadiorang yang kufur kepada-NYA..
Kita tahu benarnya Al-Quran tetapi kita tidak ambil pengajaran daripadanya..

Kita tahu adanya dosa dan pahala..
Bahkan kita tahu adanya syurga dan neraka..
Tapi kita masih tidak mempedulikan perintah ALLAH Yang Maha Kuasa..

Buat mutiara Islam..
Yang insya-ALLAH akan terus bergemerlapan di bumi ALLAH..
Prof Dr Hamka pernah berkata :
"Kita boleh menghitung usia yang telah kita gunakan..tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal.."
Persoalannya..bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkandung 
di dalam jasad 

kita sudah habis digunakan..
Walau sebesar Bukit Uhud pun dosa yang kita lakukan..
Sesungguhnya ALLAH SWT masih mengampunkan dosa kita..

Oleh itu kembalilah kepada-NYA..
Andai kata hidup ini sudah jauh dari landasan yang ditentukan oleh-NYA..
Sesungguhnya kasih sayang ALLAH membatasi seluruh kasih sayang makhluk-NYA..

Semoga kita semua dalam rahmat ALLAH sentiasa..
Bertemu lagi di lain masa...
Andai tak di dunia..
Insya-ALLAH di Taman Syurga nanti..

Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...